BAHAYA VIRUS INFLUENZA?
Influenza virus dari famili corona virus mampu menerobos dan bereplikasi dengan pantas dalam tubuh setelah berjaya melumpuhkan barisan pertahanan individu yang dijangkiti.
Sejauh Mana Bahayanya Virus Influenza?
Bahayanya virus influenza adalah kemampuannya menyerang organ organ vital tubuh seperti :-
- Paru paru
- Jantung
- Otak
- Salur Penghadaman
Kesan Influenza
Kesan serangan virus influenza pada induvidu menghasilkan keradangan berskala tinggi pada organ organ tersebut dan menyebabkan komplikasi seperti :-
- Pneumonia (Radang paru paru)
- Myocarditis (Radang Jantung)
- Enchephalitis (Radang Otak)
Kerosakkan pada organ organ tersebutlah yang mengganggu keseimbangan sistem tubuh dan boleh mengancam nyawa.
Virus ini boleh menceroboh masuk kedalam tubuh namun jika sistem pertahanan kita mantap, ia akan sekadar singgah dan tidak mampu membiak dan mereplikasi.
Langkah Penjagaan
Maka fokus kita adalah untuk meningkat sistem imun tubuh dan menjauh dari orang dan tempat yang disyakki dilanda serangan virus Influenza.
1. Usahakan semampu mungkin meningkatkan
SISTEM PERTAHANAN tubuh
.
# Pastikan sistem PENGANGKUTAN tubuh efisien. AIR
adalah sistem pengankutan dalam tubuh yang punya pelbagai fungsi penting ketika berhadapan dengan situasi diceroboh musuh.
.
# Tingkatkan pengambilan Vitamin C, Quarcetin atau antioxcidant untuk membantu menguatkan sistem pertahanan. Vitamin C juga berfungsi sebagai antiviral.
.
# Supplement seperti Zinc juga membantu meningkatkan sistem imune bagi persediaan memerangi virus yang menceroboh masuk.
.
# Dapatkan Vit D yang percuma dari matahari. Maka
galakkan anak anak bermain di luar rumah berbanding
mengadap gajet ATAU boleh juga dapatkan supplement vitamin D untuk lebih spesifik.
.
# Usahakan untuk meningkatkan mikrobiome baik dalam perut/ usus kita. Pengambilan prebiotik dan probiotik membantu menguatkan sistem pertahanan badan yang sebahagiannya bermula di perut.
.
# Kurangkan pengambilan GULA kerana ia boleh
melemahkan sistem pertahanan tubuh.
.
2. Elakkan berada di tempat awam seperti pasaraya, taman permainan, hospital bersama anak anak .
.
3. Ketika pulang ke rumah dari berpergian,bersihkan diri, bersihkan tangan sebelum mendakap anak anak.
.
4. Jaga jarak anda dengan orang yang disyakki sedang
demam terutama yang mengalam INFLUENZA LIKE ILLNESS (ILI)
.
5. Sekiranya anda batuk dan selsema , gunakan tisu pakai
buang untuk menutup mulut berbanding menggunakan
tangan sahaja.
.
6. Dapatkan Immunisasi Influenza terutama bagi induvidu yang berisiko tinggi.
.
.
.
Jika anda demam dan disyakki INFLUENZA LIKE ILLNESS (ILI)… CAKNALAH!.
Akhir kalam, jika baik strategi pertahanan bagi menghadapi pencerobohan virus influenza, kita boleh menang.
Dr. Azizah
Doktor Poliklinik Amin, Muar