Skip to main content
info amInfo Kesihatan

Buta mata tak nampak jalan di dunia.

By November 18, 2020No Comments

“Pandangan mata saya bangun pagi ni ada sedikit kelainan. Rupanya mata sebelah kiri saya tak nampak. Semalam elok aje.”

“Tuan boleh nampak tulisan yang atas sekali dihujung sana.” Puan doktor mula memeriksa visual akuiti.

“Tak nampak katanya.”

“Tuan boleh kira jari saya?” Tanya doktor lagi.

“Tiga” jawabnya ringkas.

“Mata yang sebelah lagi”

“Nampak” balas beliau

“Cuba tuan baca”

” H A V , HOU , IAHT, XHYTM, VAWMOT, AHTVIMX”

“Anak mata tuan berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. Maknanya saraf optik mata masih berfungsi dengan baik.”

“Ini bukan selaput ke doktor.” Tanya beliau

“Bukan ini bukan selaput.”

“Berapa tahun dah tuan mengidap kencing manis?”

‘Lebih 10 tahun.’ Ujar beliau

“Kemungkinan besar berlaku pendarahan pada dalam mata tuan” Jelas doktor lagi.

Pendarahan Retina

“Bahaya tak doktor”

“Ya bahaya tuan. Sangat bahaya kerana ia boleh membutakan mata.”

Saya akan buat rujukan ke klinik pakar mata. Jika benar ada pendarahan, doktor mata akan melakukan laser PRP.

Tak ada cara lain ke doktor. Kawan saya buat laser makin tak nampak.

“Rawatan awal boleh mengurangkan komplikasi kebutaan kekal. Ia juga bergantung kepada tahap pendarahan dan lokasinya oada retina. Prinsip asasnya adalah untuk mengurangkan pendarahan. Lebih banyak darah beku, lebih banyak parut (baca fibrosis) terbentuk”

.#CaknalahPancaindera

#DiabetikDanKebutaan#DiabeticRetinopathy

#HbA1c