Skip to main content
Info Kesihatan

DE QUERVAIN’S TENOSYNOVITIS

By February 13, 2020July 17th, 2023No Comments

De Quervain’s Tenosynovitis ialah keradangan yang melibatkan tendon di pergelangan tangan pada bahagian ibu jari anda. Keadaan ini menyebabkan anda berasa sakit ketika memusing pergelangan atau mengengam tangan.

Tendon adalah struktur seperti tali yang menghubungkan otot ke tulang. Apabila anda mencengkam, mengengam, mencubit, memulas atau mencapai sesuatu dalam tangan anda, dua tendon di pergelangan tangan dan bahagian bawah ibu jari biasanya bergesel dengan lancar melalui terowong kecil yang menghubungkannya pada pangkal ibu jari. Pergerakan tertentu yang berulang dari sehari ke sehari menyebabkan selaput pada kedua tendon ini menebal dan membengkak lalu menyekat pergerakkannya.

 APAKAH GEJALA De Quervain’s Tenosynovitis?

Antara gejala-gejala de Quervain’s tenosynovitis ialah:

Sakit dan bengkak di bahagian pangkal ibu jari tangan

Sukar mengerakkan ibu jari dan pergelangan tangan ketika melakukan sesuatu yang melibatkan genggaman dan cubitan

Rasa “melekat” atau “stop-and-go” pada ibu jari tangan ketika menggerakkannya

Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan tanpa rawatan, sakit itu akan merebak ke ibu jari, lengan atau kedua-duanya sekali. Perbuatan mencubit, menggenggam dan segala pergerakan ibu jari dan pergelangan tangan akan menambahkan lagi kesakitan.

PERLU KE BERJUMPA DOKTOR?

Sebelum berjumpa doktor, anda boleh usahakan:

1. Mengurangkan penggunaan pergelangan tangan terutama di bahagian ibu jari yang terlibat.

2. Tuaman ais pada pada bahagian yang membengkak.

3. Menggunakan splint pergelangan tangan beserta ‘Thumb support’ yang sesuai

Jika kesakitan makin tak terperi dan julat pergerakan pergelangan tangan makin terhad , segerakanlah berjumpa doktor

APAKAH PUNCA-PUNCANYA?

1. PERGERAKAN BERULANG ULANG DAN BERPANJANGAN pada pergelangan tangan atau ibu jari

2. KECEDERAAN secara langsung pada pergelangan tangan atau tendon; parut boleh menyekat pergerakan tendon

3. Radang sendi seperti rheumatoid arthritis

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGHIDAPINYA?

1. Umur antara 30 dan 50 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat de Quervain’s tenosynovitis.

2. Keadaan ini lebih kerap dalam kalangan wanita. Ianya dikenali sebagai Washer Hand Syndrome

3. Penjagaan bayi di mana bayi diangkat secara berulang-ulang kali

4. Pekerjaan atau hobi yang banyak melibatkan pergerakan tangan dan pergelangan.

Antara aktiviti tersebut adalah seperti berkebun, bermain golf atau sukan raket, mengangkat bayi serta penggunaan telefon bimbit atau komputer yang berpanjangan

APAKAH KOMPLIKASINYA?

De Quervain’s tenosynovitis yang tidak dirawat biasanya membawa kepada kesakitan yang tak terperi sakitnya.

Kesakitan mengurangkan julat pergerakan sendi tangan dan ini tentunya membataskan fungsi fungsi biasanya.

Jika ianya berkaitan dengan tugasan harian anda, tentunya ia sangat menyulitkan!

Dr. Azizah

Doktor Poliklinik Amin, Muar