Perlu Ke Scan Awal Kehamilan?
Doc, perlukah buat scan awal untuk kehamilan?
Ya sangat perlu.
.
.
.
Apabila puan dapati ujian kencing UPT yang dibuat di awal pagi itu positif, perkara ke dua yang perlu kita pastikan adakah kandungan ini kandungan yang SELAMAT dan “VIABLE’.
.
Kandungan yang selamat bermakud ianya bukan kandungan
LUAR RAHIM (Ectopic Prengnancy) dan bukan kandungan anggur (Molar Pregnancy)
.
Kandungan Luar Rahim adalah kandungan yang tidak selamat dan perlu di ‘TERMINATE”kan seberapa segera kerana ia boleh pecah bila bila masa semasa janin membesar.
Jadi Perlu Ke Scan Awal Kehamilan?
Jika kandungan luar rahim berlaku di tiub fallopian ia boleh pecah seawal 6 minggu tempoh mengandung.
.
Keadaan fallopian tube yang pecah ini akan menyebabkan pendarahan ke dalam ruang abdomen (perut) . Situasi ini adalah sangat bahaya dan boleh mengancam nyawa.
.
Jika puan tiba tiba mengalami kesakitan yang bersangatan, di bahagian perut dan menular hingga ke bahagian bahu itu adalah antara tanda kandungan itu telah pecah.
Ia boleh berlaku dengan atau tanpa darah keluar dari faraj.
Maka SEGERALAH ke Unit Kecemasan hospital perdekatan.
Dr. Azizah
Doktor Poliklinik Amin, Muar