SOALAN LAZIM

Apakah perkhidmatan yang disediakan di Poliklinik Amin?

Pelbagai perkhidmatan ditawarkan seperti berikut:

  • Konsultasi Kesihatan
  • Pemeriksaan kesihatan Pra-Universiti / Pra-Kerjaya / Pra-Sekolah Berasrama
  • Ubat-Ubatan
  • Rawatan Dehidrasi
  • Rawatan Cuci Luka
  • Rawatan Nebulizer / Lelah / Asma
  • Program Imunisasi Kanak-kanak
  • Vaksinasi Pengendali Makanan & Haji / Umrah
  • Pembedahan Kecil / Jahitan Luka
  • Saringan Pap Smear
  • Perancangan Keluarga : IUD, Suntikan dan Pil Perancang Keluarga
  • Pemeriksaan Antenatal
  • Pengimejan Scan / Ultrasound
  • Pelbagai Ujian Darah dan Air Kencing
  • Panel: FOMEMA, SIHAT JOHOR, PEKA B40, program saringan HSP – PERKESO

Apakah Waktu Operasi Poliklinik Amin?

Hari : Ahad-Jumaat
Tutup : Sabtu

Masa Operasi : 9.30am hingga 9.30pm
Rehat : 2pm-3pm & 6pm-8pm

Apakah jenis-jenis suntikan vaksin yang terdapat di Poliklinik Amin?

Poliklinik Amin menyediakan vaksin yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut jadual imunisasi kanak-kanak di bawah 2 tahun. Ini termasuklah vaksin hepatitis B, MMR dan Pentaxim/Pediacel (tetanus, diphtheria, pertussis, poliomyelitis, Haemophilus influenza type b).

Juga menyediakan kemudahan vaksin tambahan iaitu rotavirus, pneumococcal, meningococcal, dan Influenza.

Kemudahan vaksin ini termasuklah vaksin wajib bagi mengejakan haji/umrah dan vaksin-vaksin lain yang digalakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terdapat juga perkhidmatan suntikan vaksin typhoid untuk pengendali makanan.

Adakah saya boleh datang terus ke Poliklinik Amin untuk mendapatkan suntikan?

Pelanggan boleh mendapatkan suntikan vaksin ini terus tanpa perlu membuat temujanji terlebih dahulu.

Namun begitu, adalah sangat digalakkan bagi pengunjung untuk menelefon terlebih dahulu bagi memastikan stok vaksin mencukupi.

Apakah jenis scan ibu mengandung yang disediakan oleh Poliklinik Amin?

Poliklinik Amin menyediakan scan 2D untuk Perkembangan tumbesaran Janin (GROWTH SCAN) dan Detailed scan.

Kami juga menyediakan perkhidmatan scan 4D untuk ibu mengandung.

Apa perbezaan antara 2D scan dan 4D scan?

Scan 2D memberi lebih informasi dari segi pembesaran janin kerana ianya boleh membuat ukuran kepala, ukur lilit abdomen dan panjang tulang femur. Scan 2D juga di gunakan untuk perincian organ dalaman janin untuk Detailed Scan.

Manakala scan 3D/4D mencerap secara “live” struktur luar tubuh seperti muka, tangan dan kaki pada 3 dimensi.

Apakah perlu membuat temujanji untuk rawatan berbentuk prosedur?

Ya, rawatan berbentuk prosedur seperti bersunat bayi perempuan, scan antenatal 2D & 4D, pembedahan kecil dan jahitan sekunder luka episiotomi sebaiknya dibuat temujanji.